Friday 9 October 2015

Siapa Memilih 31 Ogos 1957 Sebagai Tarikh Merdeka?

Dil1.jpg

1. Bagi mereka yang telah mencecah berusia, mungkin Syeikh Abdullah Fahim bukanlah asing pada mereka, tetapi penulis dapat merasakan, ramai anak muda kecuali yang benar-benar berminat dengan sejarah negara tidak kenali siapa Syeikh Abdullah Fahim yang dimaksudkan.

2. Setiap kali menjelang 31 Ogos, pastinya ramai rakyat Malaysia bergembira dan meraikan tarikh keramat ini bagi memperingati saat mula-mula Tanah Melayu bebas dari cengkaman penjajah iaitu British.

3. Namun berapa ramai diantara kita yang tahu bahawa tarikh 31 Ogos 1957 ini adalah tarikh yang dicadangkan oleh Syeikh Abdullah Fahim kepada Tunku Abdul Rahman jika Malaysia mahu merdeka. Terdapat sumber mengatakan, jika tarikh ini tidak dipilih untuk Tanah Melayu merdeka, maka perlu tunggu 10 tahun lagi.

4. Beliaulah juga yang menasihati Tunku Abdul Rahman supaya bekerjasama dengan kaum-kaum lain untuk menuntut kemerdekaan daripada British kerana hanya dengan jalan itu Tanah Melayu bebas daripada kuasa British,

5. Tarikh keramat 31 Ogos 1957 itu dipilih oleh beliau setelah membuat pengiraan hisab berdasarkan takwim hijrah berikutan beliau juga seorang yang pakar dalam bidang astronomi.

6. Pada tahun 1931, beliau pernah dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi pengetua di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar dan pada umur 91 tahun beliau telah kembali ke Rahmatullah iaitu pada 28 April 1961.

7. Syeikh Abdullah Fahim merupakan datuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia ke 5. Al-Fatihah buat beliau yang juga pejuang kemerdekaan tiada dalam lipatan sejarah Malaysia.

Wednesday 7 October 2015

Untold Story "Bank Pertama Melayu 1947".

Bank Melayu Pertama 1947 Satu Sejarah Bangsa.


[....PEJUANG YANG TIADA DALAM LIPATAN SEJARAH....]

maarof zakaria dibunuh



1. Bank Kebangsaan Melayu yang beroperasi pada Julai 1947 yang di asaskan oleh En. Maarof Zakaria (seorang peguam) adalah bank pertama yang dimiliki oleh orang Melayu.



2. Ketika itu, Bank tersebut mempunyai 2 juta saham hanya terbuka kepada orang Melayu.

3. Satu-satunya bank yang diuruskan oleh orang Melayu dan pelanggannya hanya dibuka untuk orang Melayu.

4. 25 Ekar tanah digadaikan oleh En. Maarof Zakaria semata-mata mahu mencari modal untuk membuka bank tersebut.

5.  Selepas 6 bulan Bank tersebut beroperasi, En. Maarof Zakaria telah mati samada dibunuh atau bunuh diri tidak ada sumber yang tepat.

6.  Namun ada hujah kuat mengatakan beliau mati dibunuh kerana konspirasi persaingan dalam perniagaan.

7.  Kenapa En. Maarof Zakaria beria sangat mahu tubuhkan bank tersebut?
1. Terdapat bank di asaskan oleh British ketika itu, tetapi Melayu tidak dibenarkan menjadi peminjam.
2. Ketika itu terdapat juga bank yang diasaskan oleh cina, tetapi Melayu tetap tidak diberi ruang untuk meminjam dari bank tersebut.
3. Beliau tidak sanggup lagi melihat orang Melayu memijam wang dari ceti-ceti haram ketika itu.

8. Pada saya, En. Maarof Zakaria telah mewujudkan Bank tersebut dengan berbekalkan modal 25 ekar tanah serta berisikan tiupan roh semangat perjuangan bangsa MELAYU.

-al-Fatihah buat beliau......